Tuesday, May 31, 2011

Ucapkan Hujan Selamat Tinggal

Ucapkan hujan selamat tinggal,
yang mengalirkan kesepian,
kesepian yang membalut,
tatkala bayu malam menyanggar.

Ucapkan hujan selamat tinggal,
yang membawa bersama pahit duka silam,
yang pasti berdenyut akan keperihan,
yang tidak terubat sejak pelangi memudar.

Ucapkan hujan selamat tinggal,
dan sampaikan salam mentari,
yang berjanji untuk sehidup semati,
bersama sinar bulan yang menerangi.

Ucapkan hujan selamat tinggal,
dan bawakan rinduku bersama,
dan jangan pernah engkau tinggalkan,
kerana rindu itu pasti mekar,
selepas hujan menerpa lagi...


[Ilham datang lepas dgr Yiruma punya lagu]

No comments: