Sunday, May 29, 2011

Jangan Pernah Kau Sesali.

Tidak kau endah kata bicara,
yang tua akan si muda,
yang mengungkap tabir kesepian malam,
bahawa kebenaran tidak terlakar selepas turunnya hujan,
bahawa rahsia tidak tersingkap selepas redupnya bicara terlepas,

Laut yang kau sangka tidak bertepian,
menyimpan cereka duka dan ketawa,
jangan kau cari,
kerana tiada meninggalkan kesan,

Andai pada awan biru kau bertanya,
hanya angin lalu yang akan menyapa,

Andai pada pelangi kau menyimpan lara dan duka,
kini sudah jarang menerpa,

Carilah teman setia yang akan menemanimu selamanya,
yang mampu menyingkap kebenaran bersama,
yang mampu menyimpan duka lara,
yang mampu memberi kegembiraan semata.

Andai sang pencipta yang kau cintai,
haraplah keredhaanNya sebanyak cara,

Andai pada kekasihnya kau letak cintamu,
kenanglah pengorbanannya selalu,

Andai pada ajaran yang disampaikan kekasih itu kau taruh harapan, Ingatlah apa yang jadi tuntutan,

Andai pada kitab agung cintamu berkabung,
jangan dibiar bibirmu kering kerna lesu menyambung,

Andai cahayaNya yang kau cari,
jangan pernah lelah menanti,

Jangan juga kau lepas usaha,
kerana noda semata-mata,

Carilah cahaya itu walau sejuta cara,
Dan jangan pernah engkau sesali.


[Pena(School Mag) Post 2011]

2 comments:

Syaza said...

Salam, Razi :)

Lama tak menulis :D Rindu pulak kat tulisan razi ni :D Bagus bagusss :D

Fathorazi Samsuri said...

haha. biasa2 je. malas nk menulis. kalau rasa nk tulis, mcm ni lah. satu je. haha