Wednesday, January 13, 2010

Sajak SIVIK (Wawasan Diri)

-MENCARI-

Tatkala senja berlabuh,
Aku mencari,
Tatkala malam berdamping,
Aku tercari,
Setitis rahmat yang agung,
Bergulung nikmat yang ulung,
Sinar KEJAYAAN,
Kejayaan dunia dan akhirat.

Bintang terus berkelip,
Tidak menanti pencarianku,
Masa terus melintas,
Meninggalkan memori silamku,
Dan aku masih mencari,
Sinaran ilmu gemerlap,
Yang bakal menerangi duniaku,
Hingga ke akhir hayatku.

Aku tidak mahu menjadi SI BUTA,
Kerana aku mahu melihat DUNIA.
Aku tidak mahu menjadi SI PEKAK.
Kerana aku mahu mendengar siulan CAHAYA.
Dan aku,
Tidak mahu menjadi SI BANTUT,
BANTUT pada AKAL dan FIKIRAN.

Suatu hari nanti,
Akan aku buktikan pada semuanya,
Pada sang MENTARI,
Sang REMBULAN juga sang LAUTAN,
Bahawa aku telah berjaya,
Berjaya menggenggam kejora,
Yang sinarnya tidak akan SIRNA,
SIRNA dek FATAMORGANA.

Akanku lampirkan,
Helaian IBADAH bersama kepingan USAHA.
Kerana ia,
Temanku Selamanya.


Coretan,
Fathorazi Bin Samsuri
4 Beta Siber 1

6 comments:

Syareena Rahmat said...

weh weh weh! Hantar kat PENA wehh! hantar! hantar! aku kasi harga special punya! nak? HAHAHAHAH :D

wani said...

omg razi this is superb!!
gilaaa talented! tak boleh best lg ke? memang la. terkesima wani dibuatnya. haha

Fathorazi Samsuri said...

Ermm.
best sgt kea?
adohh!
sajak ni.
razi buat 5 minit sebelum cikgu sroh present la!
mana ada best!

wani said...

orang ckp best best la. degil. haha. memang hebatt. kalau buat 5 minit before ckg suro present. lagilaa. hebatterertalentedgila smpi xtau nk describe mcmane dah! fuhh semput. ;p

Fathorazi Samsuri said...

hadoy!
sampai semput puji.
lgpun waktu ni idea mencurah2 sebab lepas dgr Classmate yg lain present sajak dorang!!

Syaza said...

Assalamualaikum,

Nice piece of writing, I love it :) Keep up the good work, :)

Syaza