Sunday, February 13, 2011

Interlok sirna menyembah kehijauan.

Ya ya ya.
pelik tidak bermkna apa apa.
meniru salah langkah terkesima.
sesiapa sahaja boleh.
bukan anda jua.

interlok,
bukan kehidupan,
juga bukan,
sebuah nukilan,
seperti burung yang terbang.
luas terbentang pelayaran.

apabila tersebut novelis,
yg indah tidak tertulis.
yang menawan tidak terlukis,
yang cantik masih menguis.
cinta bukan apa2.
hanya tulisan diatas noda.
yang muncul,
bukan ketakutan,
tetapi, lurah yang bermanifestasi.
bukan gurauan,
andai nama dipermainkan.
bukan pengajaran,
andai adab bertebangan.
bukan pembelajaran,
hypertensi berlampiran.

Kawan,
kita bukannya awan,
hinggap bukan menangis,
berhenti menahan angin.
bila masa dah mengejar.
jangan dikenang yang sudah berlarutan
biar dia pergi.
bawa haluan sendiri.
jangan suatu hari,
sesal menerpa diri.

Selagi bumi berpaksi,
selagi tiang membasahi,
tiada dusta,
yang mampu dimungkiri.
hanya jari yang teruskan tari.

No comments: