Monday, June 21, 2010

Titisan Embun.

Semalam,
kemegahanmu tiada tandingan,
kedengaran namamu walau di ceruk kehinaan,
Di selatan..
Tersanjung namamu,
Di utara..
Terlaung namamu,
Di timur..
tersanjung namamu,
Di barat..
Jeritan berkumandang,

Aku tidak mengerti seawal itu,
Apakah jeritan yang berkumandang,
Melambangkan kemegahan,
Apa yang aku tahu,
Tanahmu menjadi rebutan.

Tempat mulia berdiri di keretakanmu,
Mewah,
Gambaran pandangan,
Terdengar khabar,
di sebalik keretakanmu,
tersingkap pencahayaan,
bagi mereka di persimpangan.

Timbul fenomena,
Runtuh kemegahan dibarat,
Bermula di saat itu,
tercetus pergelutan,
Antara kamu dan juga mereka,
Sejak itu,
rampasan bermula.

Kain putih berbintang biru,
Tercorak megah,
Tanda lahirnya bumi penjenayah,
Tanahmu yang Agung kini miliknya..

Di utara kini, menangis..
Di selatan, meratap..
Di timur pula, menggarap..
Tetapi di barat, terukir senyuman..
Gelak ketawa semakin melantang.

Setelah aku dewasa,
Aku mula fahami,
bahawa jeritan yang berkumandang,
bukannya kemegahan.

Hari ini,
Teratakmu tandus,
Tangisanmu kering,
Tanahmu merah.

Semakin lama,
kemegahanmu ditawan,
keindahanmu dicalar,
Halaman indah,
yang dulu terbentang,
kini tinggal sezarah,
Berpindah arus tertiup zaman.

Jiranmu terikat,
dengan janji iblis yang kejam,
Walau darah terus menitik,
Jiranmu, hanya mampu melihat,

Walau mereka sama pegangan,
Meski mereka serupa haluan,
Mereka hanya mampu terdiam.

Bukan enggan mahu membantu,
Tetapi kurang kudrat yang satu.

Bantuan sudahpun dihulur,
Kejamnya perampas tidak tercelur.

Aku kini hanya mampu berdoa,
Agar kau mampu bertahan,
Memegang panji keagamaan,
Menentang DIA yang dilaknat Tuhan.
Amin.

2 comments:

Syaza said...

Moga Allah memberi bantuan kepada hamba-hambaNya yang beriman, Amin...

:) Keep it up Razi =)

Fathorazi Samsuri said...

Amin. Thx